Friday, November 28, 2008

Tapak "Projek Bumi Hijau Sistem Fertigasi - Timun" Dikenalpasti

Assalamualaikum wr wb Semua,

Saya telah mengenalpasti tapak "Projek Bumi Hijau Sistem Fertigasi - Timun", iaitu di belakang rumah pak mertua saya di Labok, Machang, Kelantan. Antara sebab utama tapak ini dipilih ialah:

1. Belakang rumah - mudah nak masuk pejabat/kebun.

2. Belakang rumah - mudah nak jenguk dan pantau kebun dari masa ke semasa.

3. Belakang rumah - tiada kos pengangkutan untuk ke kebun.

4. Belakang rumah - lebih mudah untuk menjaga keselamatan kebun.

5. Sangat hampir dengan jalan utama Machang - Kota Bharu, iaitu 1.5km. Memudahkan pemborong untuk datang mengambil/memborong hasil.

6. Belakang kebun ialah sumber bekalan air sungai.

Gambar gambar tapak pada masa ini:


Pada masa kini, tapak di atas terdapat beberapa pokok buah seperti dukung, rambutan, manggis, durian, petai dan limau. Semua pokok yang mengganggu akan dilupuskan untuk membolehkan minima 4000 polibeg dimuatkan di tapak tersebut.

No comments: