Thursday, November 27, 2008

Informasi Timun @ Mentimun

Assalamualaikum wr wb Semua,

Mari kenal secara ringkas, apakah timun @ mentimun ini?

Timun atau Mentimun (Cucumis sativus) merupakan sejenis buah tumbuhan yang dimakan sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan sejak 3000 tahun dulu. Timun boleh dimakan secara mentah atau segar dan juga dalam masakan.

Timun sebenarnya kaya dengan mineral. Analisis yang dijalankan setiap 100 gm timun mengandungi 96.3 peratus lembapan, 0.4 peratus protein, 0.1 peratus lemak, 0.3 peratus mineral, 0.4 peratus serat dan 2.5 peratus karbohidrat. Ia juga mengandungi kalsium, fosforus, besi, tiamina, niasin, zat besi, magnesium, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C dan mempunyai alkali 64.05 peratus serta asid 35.95 peratus.

Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti ,yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila diserang batuk , penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Pengamalan ini dapat mengembalikan suara yang hilang.

Selain itu, penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga dapat menurunkan berat badan dapat diatasi dengan pengamalan makan timun mentah atau yang telah dimasak. Timun juga dapat mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar.

Banyak khasiat dan penawar ada padanya. Ia dianggap dapat menyejukkan badan. Ia juga mampu mengekalkan kandungan alkali yang terdapat dalam darah kita. Jika terdapat masalah sembelit, ia akan dapat diatasi dengan memakan timun setiap hari.

Jus dalam timun mujarab untuk merawat gastrik, ulser duodenal serta kandungan asid yang tinggi . Ia hendaklah diminum 120 hingga 180 ml jusnya. Ia segera memberikan kelegaan pada perut. Jika jus di campur dengan lobak merah, saleri dan bit, ia dapat mengatasi masalah yang berkaitan dengan asid urik seperti gout, neumatik dan artritis. Bijinya kaya dengan potasium. Cecair daripada bijinya dapat merawat masalah kekerapan buang air kecil.

Jusnya dapat merawat kudis pada kulit. Untuk kesan yang lebih, jusnya hendaklah di campur dengan lobak merah dan salad. Parutan timun pula digunakan untuk rawatan kecantikan dimana ia merupakan tonik untuk menyerikan wajah. Jika selalu digunakan, ia dapat mengatasi masalah jerawat, bintik-bintik hitam, kedutan serta kulit kering.

Timun banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Ia terletak dalam famili yang sama dengan tembikai dan labu.

Timun merupakan sejenis pokok memanjat dan sesuai untuk ditanam pada pagar. Ia boleh membiak daripada biji benih.

Informasi di atas dikutip-petik dari laman wikipedia bebas dan fazlisyam.com

No comments: