Friday, November 28, 2008

Tapak "Projek Bumi Hijau Sistem Fertigasi - Timun" Dikenalpasti

Assalamualaikum wr wb Semua,

Saya telah mengenalpasti tapak "Projek Bumi Hijau Sistem Fertigasi - Timun", iaitu di belakang rumah pak mertua saya di Labok, Machang, Kelantan. Antara sebab utama tapak ini dipilih ialah:

1. Belakang rumah - mudah nak masuk pejabat/kebun.

2. Belakang rumah - mudah nak jenguk dan pantau kebun dari masa ke semasa.

3. Belakang rumah - tiada kos pengangkutan untuk ke kebun.

4. Belakang rumah - lebih mudah untuk menjaga keselamatan kebun.

5. Sangat hampir dengan jalan utama Machang - Kota Bharu, iaitu 1.5km. Memudahkan pemborong untuk datang mengambil/memborong hasil.

6. Belakang kebun ialah sumber bekalan air sungai.

Gambar gambar tapak pada masa ini:


Pada masa kini, tapak di atas terdapat beberapa pokok buah seperti dukung, rambutan, manggis, durian, petai dan limau. Semua pokok yang mengganggu akan dilupuskan untuk membolehkan minima 4000 polibeg dimuatkan di tapak tersebut.

Thursday, November 27, 2008

Informasi Timun @ Mentimun

Assalamualaikum wr wb Semua,

Mari kenal secara ringkas, apakah timun @ mentimun ini?

Timun atau Mentimun (Cucumis sativus) merupakan sejenis buah tumbuhan yang dimakan sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan sejak 3000 tahun dulu. Timun boleh dimakan secara mentah atau segar dan juga dalam masakan.

Timun sebenarnya kaya dengan mineral. Analisis yang dijalankan setiap 100 gm timun mengandungi 96.3 peratus lembapan, 0.4 peratus protein, 0.1 peratus lemak, 0.3 peratus mineral, 0.4 peratus serat dan 2.5 peratus karbohidrat. Ia juga mengandungi kalsium, fosforus, besi, tiamina, niasin, zat besi, magnesium, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C dan mempunyai alkali 64.05 peratus serta asid 35.95 peratus.

Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti ,yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila diserang batuk , penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Pengamalan ini dapat mengembalikan suara yang hilang.

Selain itu, penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga dapat menurunkan berat badan dapat diatasi dengan pengamalan makan timun mentah atau yang telah dimasak. Timun juga dapat mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar.

Banyak khasiat dan penawar ada padanya. Ia dianggap dapat menyejukkan badan. Ia juga mampu mengekalkan kandungan alkali yang terdapat dalam darah kita. Jika terdapat masalah sembelit, ia akan dapat diatasi dengan memakan timun setiap hari.

Jus dalam timun mujarab untuk merawat gastrik, ulser duodenal serta kandungan asid yang tinggi . Ia hendaklah diminum 120 hingga 180 ml jusnya. Ia segera memberikan kelegaan pada perut. Jika jus di campur dengan lobak merah, saleri dan bit, ia dapat mengatasi masalah yang berkaitan dengan asid urik seperti gout, neumatik dan artritis. Bijinya kaya dengan potasium. Cecair daripada bijinya dapat merawat masalah kekerapan buang air kecil.

Jusnya dapat merawat kudis pada kulit. Untuk kesan yang lebih, jusnya hendaklah di campur dengan lobak merah dan salad. Parutan timun pula digunakan untuk rawatan kecantikan dimana ia merupakan tonik untuk menyerikan wajah. Jika selalu digunakan, ia dapat mengatasi masalah jerawat, bintik-bintik hitam, kedutan serta kulit kering.

Timun banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Ia terletak dalam famili yang sama dengan tembikai dan labu.

Timun merupakan sejenis pokok memanjat dan sesuai untuk ditanam pada pagar. Ia boleh membiak daripada biji benih.

Informasi di atas dikutip-petik dari laman wikipedia bebas dan fazlisyam.com

Tuesday, November 25, 2008

Projek Bumi Hijau Sistem Fertigasi

Assalamualaikum wr wb

Satu hakikat yang diterima semua di dalam fasa kegawatan ekonomi dunia ialah:

Semua orang mau makan.

Projek Bumi Hijau merujuk kepada usaha-niaga di dalam tanaman makanan yang sekaligus akan meningkatkan jumlah pengeluaran makanan sesebuah keluarga, daerah, negeri atau negara.

Sistem tanaman yang saya pilih ialah "Sistem Fertigasi" kerana "cekap, cepat dan cantik".

Jenis tanaman yang saya pilih ialah "Timun Susu" kerana pusingan tanam-tuai yang pantas iaitu 2 bulan dan keperluan pasaran yang konsisten meningkat.

Lantas, usaha ini diberikan nama julukan sebagai:

"Projek Bumi Hijau Sistem Fertigasi - Timun Susu"

Gambar pemandangan contoh yang diambil dari kebun kenalan saya, Sdr Azrin:





Justeru itu, saya sedang mencari modal/capital untuk setup "Projek Bumi Hijau Sistem Fertigasi".