Thursday, November 5, 2009

Tanaman Petola Segi Bermula

Assalamualaikum wr wb

Musim timun telah berakhir.

Kini kami baru selesai menanam petola segi. Berikut ialah rakaman gambar yg sempat diambil.


Friday, October 9, 2009

Perkembangan Tanaman Timun

Assalamualaikum wr wb

Timun berada di minggu terakhir menjelang 15hb ini. Kebanyakan pokok di dalam polibeg telah pun mati. Sementara pokok timun yang ditanam di atas tanah masih boleh bertahan seminggu dan masih mampu mengeluarkan buah.

Harga pada masa ini ialah sekitar RM7-8 utk 1 beg plastik (7kg) timun susu, sementara untuk timun biasa ialah sekitar RM5-6 utk 1 beg plastik (7kg).


Di atas ialah perbandingan di antara variati timun biasa/hijau/kampung/polygreen (kiri) dengan timun double bonus (tengah) dan timun susu (kanan)

Thursday, September 10, 2009

Timun Dah Berbuah - Hari Ini Genap 26 Hari

Assalamualaikum wr wb

Akhirnya kami berjaya melaksanakan perancangan sebulan yang lepas:

1. Meneruskan tanaman timun di dalam sistem polibeg - Kebun A

2. Memulakan tanaman timun di atas tanah - Kebun B

Hari ini, timun kedua dua ladang di atas telah pun berusia 26 hari. Telah berbuah beberapa hari yang lepas. Dan, akan mula dikutip hasilnya lagi beberapa hari, Insya Allah.

Berikut ialah antara rakaman tanaman timun di atas tanah dan di dalam polibeg - fertigasi.

Pemandangan Kebun A

Kebun A telah berbuah.

Kebun A Sedang Disembur Dengan Racun, Hormon dan Baja

Kebun B (Atas Tanah) Telah Berbuah

Kebun B

Daun Timun Di Kebun B Yang Besar - Subur

Friday, August 7, 2009

Perancangan Pusingan Seterusnya - Timun Kampung dan Timun Susu

Assalamualaikum wr wb

5000 polibeg secara sistem fertigasi terbuka akan kami teruskan dengan tanaman timun kampung.

Sementara itu, kami akan meluaskan kawasan tanaman di sebelah plot fertigasi sedia ada. Targetnya boleh memuatkan lebih kurang 1500 ke 2000 pokok. Masih belum pasti. Tanaman di atas batas tanah dengan bantuan pengairan T - Tape. Jenis timun yg akan ditanam ialah timun susu.

Kedua dua plot di atas akan kami tanam serentak dan pengeluaran hasil dijangka akan bermula pada minggu terakhir bulan puasa @ seminggu sebelum aidilfitri.

Diharap usaha ini akan dapat membuat perbandingan di antara sistem tanaman fertigasi terbuka dan di atas tanah dan juga perbandingan di antara jenis timun kampung dan timun susu.

Esok kami akan menyemai 7000 anak benih timun. 5000 timun kampung dan 2000 timun susu.

Hari ini kerja kerja membersihkan kawasan kebun diteruskan.

Friday, July 31, 2009

Operasi Bersih Kebun Utk Pusingan Seterusnya

Assalamualaikum wr wb

Berikut ialah rakaman terkini aktiviti membersihkan kebun fertigasi timun utk penyediaan tanaman pada pusingan seterusnya pula.

Sunday, July 26, 2009

Timun Berusia 70 Hari

Assalamualaikum wr wb

Hari ini genap 70 hari usia timun kami. Pokok timun akan mula dibersihkan mulai hari ini utk penyediaan tanaman pusingan seterusnya. Dijangka, kami akan mula menyemai pada 8 Ogos 2009.

Berikut ialah gambaran terkini kebun timun kami...

Tuesday, July 21, 2009

Timun Berusia 63 Hari

Assalamualaikum wr wb

Hari ahad yg lepas (19 Julai, 2009) timun kami telah pun berusia 63 hari. Seperti yang telah difahamkan sebelum ini oleh penanam timun lain, riwayat hidup timun adalah sekitar tempoh masa tersebut.

Masa puncak pengeluaran ialah apabila kebun timun kami boleh mengeluarkan hasil sehingga 1.2 tan sehari hasil buah timun. Kini, produktiviti telah menurun sekitar 10 ke 25 beg plastik sehari. Mungkin lagi beberapa hari, pokok pokok timun ini akan mati.

Berikut ialah rakaman gambar terkini pokok timun kami.

Monday, June 29, 2009

Timun Berumur 42 Hari

Assalamualaikum wr wb

Semalam timun berumur 42 hari mulai dari semaian. Telah seminggu kutipan hasil. Berikut ialah gambaran pokok timun terkini. Juga kelihatan hasil timun yg dimuat naik dalam pajero utk dihantar ke destinasi - pemborong. Rekod tertinggi harian setakat ini ialah 111 beg plastik sehari.

Wednesday, June 24, 2009

Kerja Kerja Mempekeging Timun

Assalamualaikum wr wb

Sambungan semalam... hari ini kami meneruskan kerja kerja mengisi buah timun ke dalam sumpit plastik dgn keperluan berat setiap beg plastik berisi timun ialah 7kg. Bekas plastik ini dibuat di Siam. Kenapa 7kg? Sudah menjadi mazhab pemborong di sini, menjual timun dan juga beberapa sayur lain dengan kiraan berat 7kg setiap satu bungkusan plastik. 59 beg plastik berjaya dikeluarkan hari ini. Selepas dimuatkan ke dalam Pajero, Ayub akan membawa terus ke rumah pemborong di Wakaf Che Yeh. Jika 60 sumpit plastik, pemborong yang datang ke kebun kita. Berikut ialah antara rakaman operasi hari ini.

Tuesday, June 23, 2009

Kerja Kerja Memetik dan Mengumpul Timun

Assalamualaikum wr wb

Hari ini masuk hari ke 3 kami mengutip timun. Hari ini pengeluaran hasil dalam 250kg. Berikut ialah antara rakaman gambaran operasi tersebut.

Sunday, June 21, 2009

Timun Berusia 35 Hari - Mula Menuai

Assalamualaikum wr wb

Hari ini tanaman timun kami memasuki hari yg ke 35 - sejak dari semaian. Ataupun, baru 28 hari dari tarikh pindah ke polibeg. Benar, timun telah mula mengeluarkan hasil. Hari ini, sebagai keluaran sulung, sebanyak 28kg dipetik.

Berikut ialah antara gambaran yg sempat dirakam.


Tuesday, June 16, 2009

Perkembangan Timun 28 Hari

Assalamualaikum wr wb

Sejak dari semaian, timun kami telah berusia 28 hari. Sehingga kini, pertumbuhannya baik sekali. Alhamdulillah.

Berikut ialah rakaman gambar gambar terkini dari kebun timun.

Thursday, June 11, 2009

Timun 24 Hari - Mula Berbuah

Assalamualaikum wr wb

Timun mula berbuah sejak semalam. Umurnya 24 hari dari semaian biji. Berikut rakaman proses berkenaan.

Saturday, June 6, 2009

Timun Berumur 21 Hari

Assalamualaikum wr wb

Berikut ialah rakaman pokok pokok timun yg berusia 21 hari. 21 hari mulai dari semaian biji benih di dalam tray yg kemudian dipindahkan ke polibeg pada usia 7 hari.

Setakat ini, alhamdulillah, 99% pokok pokok timun ini sihat sihat.

Monday, June 1, 2009

Timun Berumur 14 Hari

Assalamualaikum wr wb

Berikut ialah rakaman perkembangan pokok timun yg telah berumur 14 hari.

Rakaman Menanam Timun - Pindah Ke Polibeg

Assalamualaikum wr wb

Berikut ialah rakaman operasi menanam timun ataupun proses pindahan dari semaian ke polibeg.

Saturday, May 23, 2009

Fasa Menyemai Timun - Usia 7 Hari

Assalamualaikum wr wb

Insya Allah hari ini, hari sabtu, 23 Mei, 2009 kami akan memulakan pindahan anak semaian timun ke dalam polibeg. Timun memang boleh disemai terus ke polibeg, tetapi kami memilih utk melakukan semaian di dalam tray terlebih dahulu. Sebab, agar seminggu masa yg ada boleh digunakan untuk mengemaskini sistem ladang agar berada di dalam keadaan yg terbaik untuk projek penanaman.

Hari ini telah 7 dan 8 hari benih timun disemai dan telah sedia untuk pindahkan ke polibeg. Petang ini akan dilakukan. Sementara itu, berikut ialah rakaman operasi menyemai pada seminggu yg lalu. Juga kelihatan sebuah gambar kami sedang dlm proses nak mengerat-membuka tong utk dijadikan tong bancuhan baja.

Friday, May 15, 2009

Uji Cuba Sistem Pengairan dan Rakaman Kerja Kerja Akhir

Assalamualaikum wr wb

Hari ini kami melakukan uji cuba fungsi sistem pengairan. Alhamdulillah, nampaknya, semua ok. Kami menyediakan 2 tangki 600 gelen, 1 utk air baja, dan 1 utk air bersih. Di bawah tangki ini terdapat sebuah kolah dgn muatan air 3 tangki 600 gelen. Sementara di sebelah kolah ini pula, terdapat lagi sebuah kolah dengan kapasiti 5 tangki 600 gelen. Jumlah kapasiti penyimpanan air pada satu satu masa ialah 10 tangki 600 gelen. Kontigensi. Sumber air dari telaga berhampiran (dlm rumah). Air disedut secara automatik dengan bantuan pelampung elektronik apabila berlaku penurunan paras air.

Berikut ialah beberapa rakaman kerja kerja akhir penyiapan sistem fertigasi timun - 5000 polibeg.

Wednesday, May 13, 2009

Siap Sepenuhnya Pemasangan Sistem Fertigasi 5000 Polibeg

Assalamualaikum wr wb

Akhirnya, siap sepenuhnya pemasangan keseluruhan sistem fertigasi timun - 5000 polibeg pada hari ini rabu, 13 Mei, 2009.

Esok diisytihar hari rehat, setelah berterusan semua tenaga kerja bekerja tanpa "cuti" semata untuk menyegerakan penyiapan keseluruhan sistem fertigasi.

Hari jumaat akan diuji-coba sistem yang telah dipasang. Jika semuanya ok dan sistem telah sedia-guna, insya Allah benih timun akan mulai disemai pada hari sabtu ini 16 Mei 2009.

Rakaman gambar akan dinaikkan kemudian.

Sehingga info seterusnya, selamat berehat.


Thursday, May 7, 2009

Benih Timun

Assalamualaikum wr wb

Hari ini ke Kota Bharu. Menyelidik benih timun. Bertanya kepada penjual benih. Bertanya kepada pemborong. Bertanya kepada penanam. Bertanya kepada yang dah pernah tanam. Akhirnya, benih berikut dibeli: Leekat Seeds - Double Bonus 1199 - F1 Hybrid. Sambil itu, benih lada solok pun dibeli 4 paket.

Panorama Lojing

Assalamualaikum wr wb

Beberapa orang rakan sayur di Kelantan, pernah menanam sayur di Lojing. Menimba pengalaman di sana. Beberapa tahun. Apabila ke Lojing, berikut antara pemandangannya... Di sana, tiada sangat sikap mencari "tanah rata" untuk membuat sistem fertigasi, yang dicari ialah, "janji tanah kosong". Walaupun hanya rata "seteres" dah cukup utk membuat bangsal fertigasi. Ribuan ekar telah diteroka-bangun khusus untuk menanam sayuran sayuran di Lojing. Kini, Lojing dan Cameron "bersatu" sebagai sumber pembekal sayuran tanah tinggi di Semenanjung Malaysia - sebahagian besarnya utk tujuan ekspot.

Tuesday, May 5, 2009

Polibeg Mula Disusun Ke Barisan Sistem Fertigasi

Assalamualaikum wr wb,

Mulai semalam, kami mula menyusun polibeg yg telah diisi sabut ke barisan sistem fertigasi. Berikut ialah rakaman aktiviti berkenaan. Jangkaan mungkin mengambil masa 3 ke 4 hari untuk menyusun kesemua 5000 polibeg ini.

Friday, May 1, 2009

Mula Mengisi Sabut Ke Dalam Polibeg

Assalamualaikum wr wb

Semalam, selesai memasang plastik hamparan dan menyusun batu bata. Hari ini kami mula mengisi sabut ke dalam polibeg. Berikut rakaman awal aktviti berkenaan:

Monday, April 27, 2009

Perkembangan Projek Fertigasi - Terkini

Assalamualaikum wr wb

Berikut ialah rakaman terkini gambaran perkembangan projek fertigasi - timun susu... memasang plastik silver shine, menyusun batu bata, penyambungan alat penitis dgn mikro tiub dan niple. Turut kelihatan Tn Hj Ismail Mamat, Pengerusi PPK Tanjung Puri yang datang melawat bersama En. Nik selaku Pengurus Besar.