Showing posts with label Perkembangan Projek. Show all posts
Showing posts with label Perkembangan Projek. Show all posts

Friday, August 7, 2009

Perancangan Pusingan Seterusnya - Timun Kampung dan Timun Susu

Assalamualaikum wr wb

5000 polibeg secara sistem fertigasi terbuka akan kami teruskan dengan tanaman timun kampung.

Sementara itu, kami akan meluaskan kawasan tanaman di sebelah plot fertigasi sedia ada. Targetnya boleh memuatkan lebih kurang 1500 ke 2000 pokok. Masih belum pasti. Tanaman di atas batas tanah dengan bantuan pengairan T - Tape. Jenis timun yg akan ditanam ialah timun susu.

Kedua dua plot di atas akan kami tanam serentak dan pengeluaran hasil dijangka akan bermula pada minggu terakhir bulan puasa @ seminggu sebelum aidilfitri.

Diharap usaha ini akan dapat membuat perbandingan di antara sistem tanaman fertigasi terbuka dan di atas tanah dan juga perbandingan di antara jenis timun kampung dan timun susu.

Esok kami akan menyemai 7000 anak benih timun. 5000 timun kampung dan 2000 timun susu.

Hari ini kerja kerja membersihkan kawasan kebun diteruskan.

Friday, July 31, 2009

Operasi Bersih Kebun Utk Pusingan Seterusnya

Assalamualaikum wr wb

Berikut ialah rakaman terkini aktiviti membersihkan kebun fertigasi timun utk penyediaan tanaman pada pusingan seterusnya pula.

Sunday, July 26, 2009

Timun Berusia 70 Hari

Assalamualaikum wr wb

Hari ini genap 70 hari usia timun kami. Pokok timun akan mula dibersihkan mulai hari ini utk penyediaan tanaman pusingan seterusnya. Dijangka, kami akan mula menyemai pada 8 Ogos 2009.

Berikut ialah gambaran terkini kebun timun kami...

Tuesday, July 21, 2009

Timun Berusia 63 Hari

Assalamualaikum wr wb

Hari ahad yg lepas (19 Julai, 2009) timun kami telah pun berusia 63 hari. Seperti yang telah difahamkan sebelum ini oleh penanam timun lain, riwayat hidup timun adalah sekitar tempoh masa tersebut.

Masa puncak pengeluaran ialah apabila kebun timun kami boleh mengeluarkan hasil sehingga 1.2 tan sehari hasil buah timun. Kini, produktiviti telah menurun sekitar 10 ke 25 beg plastik sehari. Mungkin lagi beberapa hari, pokok pokok timun ini akan mati.

Berikut ialah rakaman gambar terkini pokok timun kami.

Monday, June 29, 2009

Timun Berumur 42 Hari

Assalamualaikum wr wb

Semalam timun berumur 42 hari mulai dari semaian. Telah seminggu kutipan hasil. Berikut ialah gambaran pokok timun terkini. Juga kelihatan hasil timun yg dimuat naik dalam pajero utk dihantar ke destinasi - pemborong. Rekod tertinggi harian setakat ini ialah 111 beg plastik sehari.

Wednesday, June 24, 2009

Kerja Kerja Mempekeging Timun

Assalamualaikum wr wb

Sambungan semalam... hari ini kami meneruskan kerja kerja mengisi buah timun ke dalam sumpit plastik dgn keperluan berat setiap beg plastik berisi timun ialah 7kg. Bekas plastik ini dibuat di Siam. Kenapa 7kg? Sudah menjadi mazhab pemborong di sini, menjual timun dan juga beberapa sayur lain dengan kiraan berat 7kg setiap satu bungkusan plastik. 59 beg plastik berjaya dikeluarkan hari ini. Selepas dimuatkan ke dalam Pajero, Ayub akan membawa terus ke rumah pemborong di Wakaf Che Yeh. Jika 60 sumpit plastik, pemborong yang datang ke kebun kita. Berikut ialah antara rakaman operasi hari ini.

Tuesday, June 23, 2009

Kerja Kerja Memetik dan Mengumpul Timun

Assalamualaikum wr wb

Hari ini masuk hari ke 3 kami mengutip timun. Hari ini pengeluaran hasil dalam 250kg. Berikut ialah antara rakaman gambaran operasi tersebut.

Sunday, June 21, 2009

Timun Berusia 35 Hari - Mula Menuai

Assalamualaikum wr wb

Hari ini tanaman timun kami memasuki hari yg ke 35 - sejak dari semaian. Ataupun, baru 28 hari dari tarikh pindah ke polibeg. Benar, timun telah mula mengeluarkan hasil. Hari ini, sebagai keluaran sulung, sebanyak 28kg dipetik.

Berikut ialah antara gambaran yg sempat dirakam.


Tuesday, June 16, 2009

Perkembangan Timun 28 Hari

Assalamualaikum wr wb

Sejak dari semaian, timun kami telah berusia 28 hari. Sehingga kini, pertumbuhannya baik sekali. Alhamdulillah.

Berikut ialah rakaman gambar gambar terkini dari kebun timun.