Saturday, May 23, 2009

Fasa Menyemai Timun - Usia 7 Hari

Assalamualaikum wr wb

Insya Allah hari ini, hari sabtu, 23 Mei, 2009 kami akan memulakan pindahan anak semaian timun ke dalam polibeg. Timun memang boleh disemai terus ke polibeg, tetapi kami memilih utk melakukan semaian di dalam tray terlebih dahulu. Sebab, agar seminggu masa yg ada boleh digunakan untuk mengemaskini sistem ladang agar berada di dalam keadaan yg terbaik untuk projek penanaman.

Hari ini telah 7 dan 8 hari benih timun disemai dan telah sedia untuk pindahkan ke polibeg. Petang ini akan dilakukan. Sementara itu, berikut ialah rakaman operasi menyemai pada seminggu yg lalu. Juga kelihatan sebuah gambar kami sedang dlm proses nak mengerat-membuka tong utk dijadikan tong bancuhan baja.

Friday, May 15, 2009

Uji Cuba Sistem Pengairan dan Rakaman Kerja Kerja Akhir

Assalamualaikum wr wb

Hari ini kami melakukan uji cuba fungsi sistem pengairan. Alhamdulillah, nampaknya, semua ok. Kami menyediakan 2 tangki 600 gelen, 1 utk air baja, dan 1 utk air bersih. Di bawah tangki ini terdapat sebuah kolah dgn muatan air 3 tangki 600 gelen. Sementara di sebelah kolah ini pula, terdapat lagi sebuah kolah dengan kapasiti 5 tangki 600 gelen. Jumlah kapasiti penyimpanan air pada satu satu masa ialah 10 tangki 600 gelen. Kontigensi. Sumber air dari telaga berhampiran (dlm rumah). Air disedut secara automatik dengan bantuan pelampung elektronik apabila berlaku penurunan paras air.

Berikut ialah beberapa rakaman kerja kerja akhir penyiapan sistem fertigasi timun - 5000 polibeg.

Wednesday, May 13, 2009

Siap Sepenuhnya Pemasangan Sistem Fertigasi 5000 Polibeg

Assalamualaikum wr wb

Akhirnya, siap sepenuhnya pemasangan keseluruhan sistem fertigasi timun - 5000 polibeg pada hari ini rabu, 13 Mei, 2009.

Esok diisytihar hari rehat, setelah berterusan semua tenaga kerja bekerja tanpa "cuti" semata untuk menyegerakan penyiapan keseluruhan sistem fertigasi.

Hari jumaat akan diuji-coba sistem yang telah dipasang. Jika semuanya ok dan sistem telah sedia-guna, insya Allah benih timun akan mulai disemai pada hari sabtu ini 16 Mei 2009.

Rakaman gambar akan dinaikkan kemudian.

Sehingga info seterusnya, selamat berehat.


Thursday, May 7, 2009

Benih Timun

Assalamualaikum wr wb

Hari ini ke Kota Bharu. Menyelidik benih timun. Bertanya kepada penjual benih. Bertanya kepada pemborong. Bertanya kepada penanam. Bertanya kepada yang dah pernah tanam. Akhirnya, benih berikut dibeli: Leekat Seeds - Double Bonus 1199 - F1 Hybrid. Sambil itu, benih lada solok pun dibeli 4 paket.

Panorama Lojing

Assalamualaikum wr wb

Beberapa orang rakan sayur di Kelantan, pernah menanam sayur di Lojing. Menimba pengalaman di sana. Beberapa tahun. Apabila ke Lojing, berikut antara pemandangannya... Di sana, tiada sangat sikap mencari "tanah rata" untuk membuat sistem fertigasi, yang dicari ialah, "janji tanah kosong". Walaupun hanya rata "seteres" dah cukup utk membuat bangsal fertigasi. Ribuan ekar telah diteroka-bangun khusus untuk menanam sayuran sayuran di Lojing. Kini, Lojing dan Cameron "bersatu" sebagai sumber pembekal sayuran tanah tinggi di Semenanjung Malaysia - sebahagian besarnya utk tujuan ekspot.

Tuesday, May 5, 2009

Polibeg Mula Disusun Ke Barisan Sistem Fertigasi

Assalamualaikum wr wb,

Mulai semalam, kami mula menyusun polibeg yg telah diisi sabut ke barisan sistem fertigasi. Berikut ialah rakaman aktiviti berkenaan. Jangkaan mungkin mengambil masa 3 ke 4 hari untuk menyusun kesemua 5000 polibeg ini.

Friday, May 1, 2009

Mula Mengisi Sabut Ke Dalam Polibeg

Assalamualaikum wr wb

Semalam, selesai memasang plastik hamparan dan menyusun batu bata. Hari ini kami mula mengisi sabut ke dalam polibeg. Berikut rakaman awal aktviti berkenaan: