Wednesday, February 25, 2009

Tapak Fertigasi Selesai Diratakan

Assalamualaikum wr wb

Hari ini, tapak fertigasi di belakang rumah telah selesai diratakan dengan melakukan aktiviti potong dan tambah tanah. Jalan masuk dari jalan besar juga telah dibuat. Kini kenderaan boleh terus masuk ke belakang rumah - ibu pejabat projek fertigasi:)

Selepas ini, aktiviti memasang pagar. Sebanyak 130 btg tiang kayu pagar diperlukan. Pagar kawat duri akan digunakan. Di bahagian belakang, pagar kawat duri ini akan ditutup dengan zink utk mencegah gerombolan babi menceroboh. Zink adalah zink 'tangan kedua' - ex kandang lembu yang telah dilupuskan.

Tiada gambar, terlupa langsung nak amik. Sibuk melayan/mengarah jentera sodok.

Gambar Terkini:

Tuesday, February 24, 2009

Kerja Kerja Penyediaan Tapak Fertigasi

Assalamualaikum wr wb

Semalam, tapak projek tanaman secara fertigasi telah disodok-bersihkan. Sebanyak 3 banjaran getah telah juga disodok utk mendapatkan ruang yang cukup utk memuatkan target minima 3000 polibeg.

Hari ini, jentera JCB akan melakukan kerja kerja meratakan tanah bagi mendapatkan permukaan yg terbaik utk letakan polibeg kelak.

Esok, kerja kerja menggali lubang pagar dan memasang pagar akan dilakukan.

Saturday, February 21, 2009

Bermulalah Projek Bumi Hijau Sistem Fertigasi

Assalamualaikum wr wb

Akhirnya projek bumi hijau sistem fertigasi berjaya juga dimulakan. Jentera penyodok telah dipanggil utk melakukan kerja kerja pembersihan tapak projek yang terletak di belakang rumah. Insya Allah dalam masa 1 ke 2 hari lagi, jentera ini akan sampai.

Info Penting Projek:

Kekuatan modal: RM30,000

Jumlah polibeg: 5000

Target jangkamasa siap pemasangan sistem: 3 Minggu

Pilihan tanaman pusingan pertama: Timun Batang (Di Kelantan, perkataan timun merujuk kepada tembikai. Jika disebut timun susu, mereka akan menganggap tembikai susu)

Jadual Gerak Kerja Pelaksanaan Projek:

1. Penyediaan Tanah

2. Memasang Pagar

3. Memasang Sistem Fertigasi

4. Menguji Sistem

5. Menanam

6. Makluman Pasaran

7. Rutin Harian - Gerak kerja pemantauan

8. Mengutip Hasil

9. Menjual